Kota Marudu, Sabtu--Belia merupakan golongan yang kaya dengan peranan dalam pembangunan Negara. Demikian dinyatakan oleh Dato Dr. Jonathan Kandok, Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia (PKM) ketika berucap dalam Majlis Tadau Kokotuan Kg Salimandut. Menurut Jonathan yang juga Pengarah Kastam Sabah, golongan belia menjadikan Dunia lebih ceria. " jika lah bukan Kerana belia, dunia akan sunyi" katanya. Sambil memuji golongan belia kg Salimandut yang aktif dalam bidang sukan, kebudayaan dan politik, Janathan menyeru supaya belia Kota Marudu memainkan peranan peniaga melalui pembangunan Tanah terbiar supaya kota marudu muncul sebagai pengeluar hasil pertanian yang utama di Sabah. pesta tadau kokotuan adalah anjuran bersama badan rukun komuniti dan persatuan salimandut. majlis tersebut dirasmikan ketua pemuda umno kota marudu. turut hadir datuk Abdul latiff kandok penasihat PKM.
0 comments:
Post a Comment